A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Xpert Slider

Mesyuarat Pembentangan Bajet 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Hari Krismas 2018

Majlis Santapan Malam Amal 2018

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil sempena memperingati kemangkatan Almarhum Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Acara Senaman Pagi Mingguan Program Warga Emas YSB 2018

Misi bantuan YSB di Baling

Majlis Pelancaran Sistem Barcode & Pendaftaran Secara Atas Talian Kad Recycle for Life (RFL) anjuran E-Idaman Sdn Bhd di UITM Cawangan Kedah

Berita Terkini

Prev Next
СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

28.8.2018 Majlis Penyampaian Sumbangan Geran Tahunan Yayasan Sultanah Bahiyah 2018 di Keriang Hill Resort. Sebanyak 22 pertubuhan dan persatuan yang aktif di negeri Kedah menerima geran yang berjumlah RM 74,000.00 serta Sumbangan Pembangunan Usahawan Wanita kepada 3 orang penerima berjumlah RM 3406.00. Sumbangan disampaikan oleh YA.Bhg Tok Puan Norzieta binti Zakaria, Isteri kepada YAB. Menteri Besar Kedah, YA.Bhg Toh Puan Bendahara Kedah, YTM Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi YSB, YTM Datin Paduka Dato’ Tunku Hajah Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah, Ahli Lembaga Amanah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan YSB serta YTM Dato’ Seri Tunku Sakinah binti Almarhum Sultan Badlishah. Turut hadir dalam majlis pada hari ini adalah YB. Hajah Halimaton Shaadiah bt Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Y.bhg Encik Azmi bin Abd Karim, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Ahli-ahli Lembaga Amanah YSB. 

Pada Majlis Penyerahan Geran Tahunan YSB 2018 hari ini juga, YTM Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi YSB turut berkenan menyampaikan bantuan bencana sebanyak RM 5000.00 kepada Tabung Bencana Alam Daerah Langkawi kepada Y.Bhg Encik Mohd Fatin Bin Ibrahim, Penghulu Mukim Kedawang yang mewakili Tuan Pegawai Daerah Langkawi. Ia berikutan bencana ribut dan banjir yang melanda Daerah Langkawi pada 23 Ogos yang lalu.

#yakinsetiabakti 

#22tahunterusberbakti

#bantuankebajikanysb

#ysbpeduli

#bantukamimembantumerekayangmemerlukan