A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERAYAAN HARI KRISMAS TAHUN 2014
DI MEDINA THAI PALACE, JALAN STADIUM, ALOR SETAR KEDAH.
21HB DISEMBER 2014.

 

 Pada 21hb Disember 2014 (Ahad) Yayasan Sultanah Bahiyah telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Hari Krismas bagi Tahun 2014 bertempat di Medina Thai Palace, Jalan Stadium, Alor Setar. Didalam majlis yang berlangsung ringkas ini, YSB telah memberi sumbangan kepada 50 keluarga miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal yang beragama Kristian sekitar Daerah Kota Setar dan Padang Terap.


Sumbangan berjumlah RM 15,000.00 ini di sampaikan oleh Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato’ Tunku Hajah Nafisah Binti Almarhum Sultan Badlishah Ahli Lembaga Amanah YSB merangkap Pengerusi Jawatan Kebajikan berkenan menyampaikan kepada keluarga miskin. Turut bersama ke majlis Y. Bhg Dato’ Jaya Pahlawan Dato’ Paduka Syed Mansor Barakbah Ahli Lemabaga Amanah YSB, Y. Bhg Datin Wira Hajah Ramizan Binti Ibrahim Ahli Lembaga Amanah YSB dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebajikan YSB.