A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

KEM YSB SUPPORT TEAM SIRI 2015 LEBIH MENCABAR

18 - 21 Februari 2015 – Kem Latihan Tahunan YSB Support Team Siri-2015 telah berjaya dilaksanakan di Sedim Rainforest Resort, Kulim Kedah selama 4 hari 3 malam bersempena cuti perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Kem kali ini melibatkan penyertaan seramai 28 orang peserta serta 14 urusetia yang menjalani beberapa aktiviti baru dan lebih mencabar daripada kem sebelumnya yang dianjurkan di Tasik Beris, Sik, Kedah pada bulan Februari tahun 2012 yang lalu.

Pelbagai slot disediakan dalam kem kali ini antaranya pada hari pertama diadakan ceramah pengenalan berkaitan YSB & YSB Support Team, Soal selidik awal, Taklimat MKN 20, Komunikasi asas radio amatur, Ilmu pertolongan cemas, Panduan penyediaan kit kecemasan dan Isyarat SOS. Pada hari kedua pula, peserta diajar teori dan praktikal kursus sembelihan haiwan, Pengurusan jenazah, Tayammum, Solat Jenazah, Jamak dan Qasar. Selain itu, Latihan usungan, Penggunaan alat pemadam api dan Melawan kebakaran kecil juga diberikan.

Pada malam hari kedua, Majlis Perasmian Kem dan Majlis Meraikan Petugas YSB di Bencana Banjir Pantai Timur 2014 disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Kamaruzaman Ali – Pengerusi Program Pembangunan Remaja PTE YSB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kem YSB ST. Yang turut hadir ialah ketua dan wakil jabatan Bomba, JPS, E-Idaman, Jab. Kesihatan, CIDB, Rejimen 513 AW, ABM WU, wakil-wakil penaja serta +-40 orang sukarelawan YSB di bencana banjir Pantai Timur 2015. Walaupun majlis berlangsung secara sederhana, namun ramai sukarelawan melahirkan rasa bangga kerana YSB sudi menzahirkan penghargaan atas jasa mereka yang berkhidmat di bencana banjir Pantai Timur 2014.

Pada pagi hari ketiga, peserta menjalani Latihan ‘water confident’, ‘floating tubing’ dan kaedah asas menyelamat di air. Aktiviti diteruskan lagi selepas solat Jumaat dengan ‘Ops Senario’ secara ‘ad-hoc’ di mana semua diarah ‘berpindah dan berkampong’ semalaman di dalam hutan yang jaraknya +-2km dari lokasi utama resort. Peserta dibawa ke dalam hutan dengan kenderaan pacuan 4 roda dan dibekalkan sedikit makanan, diajar kaedah mendirikan khemah serta menjalani kehidupan dengan kemudahan asas yang terhad. Peserta turut berpeluang menghayati dan menghadapi situasi bencana sebenar jika ditakdirkan berlaku di masa depan.

Perjalanan pulang ke ‘base camp’ dengan berjalan kaki keesokannya dimanfaatkan lagi dengan praktikal latihan usungan dan pertolongan cemas dimana setiap kumpulan disyaratkan menyediakan pesakit dan usungan dengan alatan sediada. Diperlihatkan kesungguhan dan kerja berpasukan yang tinggi mengusung pesakit sejauh +-2km secara bergilir-gilir yang mengambil masa +-40 minit untuk sampai ke base camp. Namun kepuasan jelas terbayang di wajah setiap peserta apatah lagi ‘pesakit’ yang terbaring ‘diusung’ sepanjang perjalanan.

Sebelum menamatkan sessi latihan tahunan 2015, peserta diajar pula kaedah dan peraturan asas berkonvoi sebagai salah satu ilmu yang diperlukan bila bertugas. Sessi soal-selidik kem menjadi penutup tirai kem ini sebelum semua peserta menjamu selera terakhir di kem tahun ini. Bergerak pulang pada jam +-3.30 petang dari Sedim Rainforest Resort dengan membawa bersama pengalaman dan ilmu yang berguna sebagai seorang YSB Support Team.

Jutaan terima kasih kepada pihak Sedim Rainforest Resort, UUM, MKN Kedah, JPAM, Jabatan Bomba, Rejimen 513AW, Pejabat Agama Daerah Kulim, Syarikat NSME, Para jurulatih, Urus setia, Petugas serta Peserta yang memberikan komitmen bagi menjayakan kem pada kali ini. Jazakallah… “YSB SUPPORT TEAM’ - Bersedia dan Berkhidmat”

: Капитальный ремонт крыши. Быстрый ремонт крыши дома своими руками. Стоимость ремонта крыши. Ремонт потолка своими руками. Качественный ремонт потолков в квартире. Ремонт подвесных потолков. Схема подключения котла отопления. Быстрое подключение котла к системе отопления. Подключение батарей отопления схема.
Продажа самодельных вездеходов. Лучшие самодельные мини вездеходы. Устройство самодельных вездеходов. Ванная комната дизайн фото. Красивый дизайн интерьера ванной комнаты. Дизайн ванной комнаты в квартире. Как начать бизнес с нуля. Лучшие идеи малого бизнеса с нуля. Новый бизнес с нуля. Самодельные квадроциклы чертежи. Как сделать самодельный квадроцикл сегодня. Самодельный квадроцикл своими руками. Стяжка пола своими руками. Быстрая и сухая стяжка пола своими руками. Как сделать стяжку своими руками.