A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN TAHUNAN DAN MAJLIS MESRA BERSAMA
YANG TERAMAT MULIA TUNKU PANGLIMA BESAR KEDAH ANJURAN YAYASAN SULTANAH BAHIYAH
BERTEMPAT DI DEWAN BANQUET, ROYAL KEDAH GOLF CLUB ALOR SETAR,
18HB OGOS 2015.


 
Pada 18hb Ogos 2015 (Selasa) Yayasan Sultanah Bahiyah telah mengadakan Majlis Penyampaian Geran Tahunan Dan Majlis Mesra Bersama Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah di Royal Kedah Golf Club.. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan kepada persatuan dan pertubuhan yang bergiat aktif khasnya di Negeri Kedah.  

Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, selaku Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah berkenan menyampaikan sumbangan dengan nilai berjumlah RM 74,800.00 kepada persatuan, pertubuhan dan kepada 4 orang pesakit yang menerima bantuan rawatan perubatan.

Pada tahun ini, YSB juga telah memberi Anugerah Bakti Cemerlang sebagai tanda ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Yayasan Sultanah Bahiyah kepada mereka yang telah memberi sumbangan keringat serta tenaga yang berterusan kepada Karnival Amal Hari Penyayang, YSB selama 18 tahun. Bakti, setia dan jasa anda tidak ternilai dan tidak akan YSB lupakan dan mengharapkan agar ia berterusan hendaknya.

Turut bersama ke majlis YTM Datin Paduka Dato’ Tunku Hajah Nafisah Binti Almarhum Sultan Badlishah Ahli Lembaga Amanah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan YSB, Y.Bhg Dato’ Hajah Sepiah Binti Isa, Pegawai Daerah Kota Setar., Y. Bhg Dato’ Bijaya Indera Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri Bin Syed Abdullah Ahli Lemabaga Amanah YSB, Y. Bhg Datin Wira Hajah Ramizan Binti Ibrahim Ahli Lembaga Amanah YSB, Y. Bhg Dato’ Haji Nasir Bin Mustafa Ahli Lembaga Amanah YSB, Y.Bhg Datuk Cheng Joo An Ahli Lembaga Amanah YSB, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebajikan YSB, Ahli-ahli Jawatankuasa Induk Karnival Amal Hari Penyayang 2015.