A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Ah Seng pembida terbanyak lelongan 
amal Karnival Amal Hari Penyayang 2015

01 Jun 2015 12:14 AM  

 

ALOR SETAR 31 Mei – Seorang ahli perniagaan, Tan Sri Dr. Fng Ah Seng, 53, menjadi pembida terbanyak dengan nilai bidaan lebih RM100,000 pada acara lelongan amal Karnival Amal Hari Penyayang 2015 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) yang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman di sini, semalam.

Ah Seng yang juga Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng membawa pulang koleksi berharga milik Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah antaranya, seutas jam, gelang jed milik Tunku Panglima Besar, potret Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, potret beca dan potret sejambak bunga.

Ah Seng juga berjaya membida ais kepal yang disediakan sukarelawan YSB pada harga RM20,000 di samping menyumbang sebanyak RM50,000 untuk yayasan tersebut.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Epic Valley Holding Sdn. Bhd., berkata, sejak penganjuran karnival itu kira-kira 17 tahun lalu, dia sentiasa mengambil peluang untuk membuat kerja amal dan menyokong usaha yang dibuat oleh YSB.

“Sumbangan melalui bidaan ini dilakukan untuk membantu usaha YSB dalam memberi perhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.

“Nilai sebenar bidaan itu tidak penting, apa yang penting adalah tanggungjawab kita membantu golongan kurang bernasib di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas acara lelongan amal sempena karnival itu di Stadium Darul Aman di sini hari ini.

Yang turut berangkat ke majlis tersebut adalah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Sementara itu, Ahli Lembaga Amanah YSB, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, sebanyak RM400,000 berjaya dikutip pada acara lelongan amal berkenaan.

Jelasnya, sepanjang tiga hari penganjuran karnival tersebut, pihaknya berjaya mengumpulkan dana hampir RM1.4 juta yang disumbangkan oleh orang perseorangan, syarikat korporat dan agensi-agensi kerajaan.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan karnivali yang mana bertujuan mencari dana untuk projek tuisyen percuma Titian Bistari yang dilaksanakan YSB,” katanya

 

Petikan dari :

http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/ah-seng-pembida-terbanyak-lelongan-8232-amal-karnival-amal-hari-penyayang-2015-1.97725

: Капитальный ремонт крыши. Быстрый ремонт крыши дома своими руками. Стоимость ремонта крыши. Ремонт потолка своими руками. Качественный ремонт потолков в квартире. Ремонт подвесных потолков. Схема подключения котла отопления. Быстрое подключение котла к системе отопления. Подключение батарей отопления схема.
Продажа самодельных вездеходов. Лучшие самодельные мини вездеходы. Устройство самодельных вездеходов. Ванная комната дизайн фото. Красивый дизайн интерьера ванной комнаты. Дизайн ванной комнаты в квартире. Как начать бизнес с нуля. Лучшие идеи малого бизнеса с нуля. Новый бизнес с нуля. Самодельные квадроциклы чертежи. Как сделать самодельный квадроцикл сегодня. Самодельный квадроцикл своими руками. Стяжка пола своими руками. Быстрая и сухая стяжка пола своими руками. Как сделать стяжку своими руками.