A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Berikutan negeri Kedah kini di landa musim hujan yang turun dengan kadar kekerapan yang agak tinggi telah mengakibatkan peningkatan paras air sungai yang seterusnya menyebabkan limpahan air ke kawasan penempatan penduduk.

Oleh sebab itu, atas dasar rasa tanggungjawab dan prihatin pihak YSB telah turut sama turun padang menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir daerah Pendang bertempat di Kompleks Rakan Sukan Pendang(Tanah Merah). Antara bentuk sumbangan yang telah di sampaikan adalah bekalan makanan, peralatan penjagaan kesihatan dan kebersihan.

Untuk pengetahuan, seramai lebih kurang 165 orang mangsa banjir(46 buah keluarga) yang rumahnya dinaiki air banjir telah di tempatkan di pusat mangsa banjir tersebut.