A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

Majlis yang berlangsung pada 28 Julai 2011 telah berjaya meraikan 180 orang penerima sumbangan aidilfitri anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah. Pada tahun ini majlis diadakan di dua daerah terpilih iaitu daerah Baling dan Kulim.

Untuk pengetahuan,90 orang penerima sumbangan yang layak untuk setiap daerah(Kulim dan Baling) di pilih. Sumbangan Aidilfitri ini disampaikan oleh YTM Dato' Tunku Hajah Nafisah Binti Almarhum Sultan Badlishah, DSDK., SMS.

Semua penerima sumbangan dilihat begitu bersyukur dan bergembira dengan majlis yang diadakan. Selain acara penyampaian sumbangan aidilfitri, pihak majlis turut mengadakan majlis jamuan makan kepada semua hadirin.