Pandemik COVID-19 telah menjadi cabaran kepada kita semua. Wabak ini melanda dan memberi kesan kepada semua penduduk serta anggota masyarakat dalam situasi yang paling tertekan. Golongan yang tekesan tidak mengira latar belakang, warna kulit dan sebagainya tidak terkecuali orang kurang upaya dan kanak-kanak.
Justeru Yayasan Sultanah Bahiyah mengambil langkah proaktif dalam menangani permasalahan yang timbul akibat pandemik yang melanda khususnya penduduk Negeri Kedah Darul Aman yang terkesan.
Program Pembestarian STEM merupakan aktiviti Pembelajaran dan Ko-Kurikulum yang dilaksanakan di bawah Projek Titian Bistari Yayasan Sultanah Bahiyah yang melibat semua sekolah PTB. Sebanyak 8 aktiviti akan di ketengahkan bagi mencungkil bakat para pelajar. antara aktiviti yang dilaksanakan adalah:
1. Public speaking 2. Story telling 3. Poetry 4. Junior Chef 5. Science at home 6. Recycle 7. Innovation 8. Action song
Semua aktiviti sebegini memerlukan latihan dan bimbingan para guru yang berkemahiran. Dalam keadaan normal baharu YSB menekankan peri pentingnya pematuhan SOP dimana semua aktiviti akan diadili melalui atas talian.
Yayasan Sultanah Bahiyah (398868-V),
223-224, Jalan Shahab 2,
Shahab Perdana,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.