PELAKSANAAN

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR TAHUN 6
PROJEK TITIAN BISTARI (PAMERAN BUKU UNIVERSITI MALAYA)
1 – 4 NOVEMBER 2016
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR


Yayasan Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tahun 6 Projek Titian Bistari ke Pameran Buku Antarabangsa Universiti Malaya kepada pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan UPSR dalam Peperiksaan UPSR 2016 yang  terlibat dengan kelas tuisyen Projek Titian Bistari  dibawah sekolah-sekolah  Projek Titian Bistari, Yayasan Sultanah Bahiyah pada 1 – 4hb November 2016 bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Seramai 68 orang pelajar dan 13 orang guru pengiring telah mengikuti program ini bertujuan untuk merapat hubungan antara sesama mereka selain itu  sesi motivasi yang disampaikan oleh Imam Muda Asyraf yang juga alumni Universiti Malaya menggariskan pelajar-pelajar tersebut kepada suasana pembelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Universiti Malaya, memupuk minat dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar yang terlibat. Para pelajar didedahkan dengan lawatan sekitar Kuala Lumpur seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Petrosaians. Planetarium Negara dan tempat-tempat menarik yang lain. Program selama 4 hari 3 malam berada di Kuala Lumpur dengan pendedahaan di berikan menjurus kepada jatidiri, keterampilan unggul dan semangat waja sebelum meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

MAJLIS PERJUMPAAN WARIS SEKOLAH KEBANGSAAN TIAK BERSAMA

DYAM RAJA PUAN MUDA PERAK DARUL RIDZUAN

DAN MAJLIS PELANCARAN PUSAT E-TUTOR

YAYASAN SULTANAH BAHIYAH BERTEMPAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN TIAK, 26HB JANUARI 2016.Pada  26hb Januari 2016 (Selasa) Yayasan Sultanah Bahiyah telah mengadakan Majlis Pejumpaan Waris Sekolah Kebangsaan Tiak bersama DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan dan Majlis Pelancaran Pusat E-Tutor Yayasan Sultanah Bahiyah.

DYAM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri DiRaja Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, selaku Pengerusi Projek Titian Bistari Yayasan Sultanah Bahiyah berkenan melancarkan program pembangunan pelajar iaitu Majlis Perjumpaan Waris Sekolah Kebangsaan Tiak. Program ini merupakan sebahagian daripada siri motivasi serta penyuntik semangat kearah pencapaian cemerlang dalam akademik bagi pelajar-pelajar bawah tajaan Yayasan Sultanah Bahiyah yang dinamakan Projek Titian Bistari. Yayasan Sultanah Bahiyah telah menyumbangkan 5 buah komputer kepada Sekolah Kebangsaan Tiak sekaligus melancarkan Pusat E-Tutor Yayasan Sultanah Bahiyah.

Turut hadir bersama ke majlis Yang Berhormat Dato’ Azmi Bin Che Husain Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu, Yang BerbahagiaDato’ Hajah Azuyah Binti Hassan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Yang Berbahagia Encik Dzohir Bin Md Zain Pegawai Daerah Baling, Yang Berbahagia Encik Abdul Aziz Bin Sulaiman Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Faudzi Bin Abdul Hamid Pegawai Pelajaran Daerah Baling, Yang Berusaha Tuan Haji Razali Hanafiah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tiak, Ketua-ketua Jabatan Daerah Baling Serta YDP serta AJK PIBG SK TIAK.


PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2015

1. OBJEKTIF PROGRAM

OBJEKTIF PROGRAM INI ADALAH SUPAYA PELAJAR MEMAHAMI TEKNIK MENGULANGKAJI PELAJARAN DENGAN LEBIH BERKESAN, MEMAHAMI TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS PEPERIKSAAN UPSR BAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS, MATEMATIK, SAINS DAN BAHASA MALAYSIA. PELAJAR JUGA DAPAT MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PENGURUSAN MASA DENGAN LEBIH BIJAK SERTA SENTIASA BERSEDIA DAN BERUSAHA UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG

2. TARIKH PELAKSANAAN

6 OGOS 2015 – 9 OGOS 2015

3. TEMPAT PELAKSANAAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK

4. PENGANJURAN BERSAMA (KERJASAMA)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

5. GOLONGAN SASARAN

1000 ORANG PELAJAR TAHUN 6, PROJEK TITIAN BISTARI

6. PENGHARGAAN

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DI ATAS PENYEDIAAN PENGANGKUTAN, GURU-GURU PAKAR SERTA KERJASAMA DARI PEGAWAI-PEGAWAI MEJA (PPD) SEMASA PERJALANAN PROGRAM DAN JUGA PIHAK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DIATAS PENYEDIAAN PENGINAPAN.

 

PENDAFTARAN

SLOT MOTIVASI DARI Y.BHG. DATUK DR. AHMAD FAIZ BIN HAJI ABDUL HAMID

SESI SLOT DI DALAM DEWAN OLEH GURU PAKAR DARI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

SESI SLOT DI DALAM DEWAN OLEH GURU PAKAR DARI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

SLOT MOTIVASI DI MASJID SULTAN BADLISHAH, UUM

SLOT MOTIVASI DARI Y.BHG. DATUK DR. AHMAD FAIZ BIN HAJI ABDUL HAMID

UCAPAN ALUAN OLEH Y.BHG TUAN HAJI ASMEE BIN HAJI TAJUDDIN, KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN KEDAH

TITAH UCAPAN PERASMIAN PROGRAM OLEH DYAM RAJA PUAN MUDA PERAK DARUL RIDZUAN, PENGERUSI PROGRAM PENDIDIKAN, YSB

PENYAMPAIAN CENDERAMATA PENGHARGAAN SEMPENA PESARAAN Y.BHG. TUAN HAJI ASMEE BIN HAJI TAJUDDIN

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA WAKIL PESERTA

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA GURU BESAR SEKOLAH PROJEK TITIAN BISTARI

PENYAMPAIAN PENGHARGAAN KEPADA GURU PAKAR

PENYAMPAIAN PENGHARGAAN KEPADA PEGAWAI MEJA YSB DI JPN KEDAH

BERAMAH MESRA BERSAMA DYAM RAJA PUAN MUDA PERAK DARUL RIDZUAN

Page 1 of 4