Pusat Hemodialisis Tunku Sarina , Alor Setar

hkulimYayasan Sultanah Bahiyah menubuhkan pusat ini pada tahun 2006  hasil usahasama dengan Yayasan EMKAY kerajaan negeri Kedah juga telah memainkan peranan yang penting di dalam projek ini di mana pihak kerajaan negeri telah membenarkan penggunaan tanah  kerajaan untuk tujuan projek Operasi rawatan dijalankan oleh syarikat yang dilantik iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan rawatan hemodialisis.

Yayasan Sultanah Bahiyah bertanggungjawab di dalam pengurusan keseluruhan pusat rawatan. Matlamat penubuhan pusat ini adalah untuk menyediakan kemudahan rawatan hemodialisis yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat dengan bayaran yang berdasarkan kemampuan pesakit selain persekitaran yang selesa dan mesra.

Pusat ini kini memberikan rawatan kepada 56 orang pesakit buah pinggang di sekitar daerah ALor Setar dengan kemudahan 13 buah mesin. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah berkenan merasmikan dan menamakan pusat ini pada 25hb Mei 2009 yang lalu.

Pusat Hemodialisis NKF -Yayasan Sultanah Bahiyah Kulim

Yayasan Sultanah Bahiyah telah menerima sumbangan daripada Perbadanan Kemajuaan Negeri Kedah (PKNK) sebanyak RM500,000.00 untuk menubuhkan sebuah pusat rawatan hemodialisis baru berkonsepkan amal di negeri Kedah. Atas khidmat nasihat daripada Pakar Perubatan Nephrologi Hospital Sultanah Bahiyah , pusat baru tersebut dicadangkan ditubuhkan di daerah Kulim memandangkan bilangan pesakit yang meningkat dan kekurangan pusat hemodialisis anjuran NGO di kawasan tersebut.  Bagi merealisasikan penubuhan pusat ini, YSB telah bekerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) yang mempunyai kepakaran dalam pengendalian pusat hemodialisis.   YSB telah membelanjakan RM 790,000.00 bagi penyediaan 10 unit mesin dan kos pengubahsuaian premis. Pusat ini   didirikan di Lot 112-113 , Kulim Avenue , Kulim Hi-Tech Park.