Berita Terkini

Sebelumnya Seterusnya

Bantuan Insentif Pengajian

6/1/2021 - Projek Titian Ehsan YSB hari ini menyampaikan sumbangan ehsan sebanyak RM300 seorang sebagai bantuan insentif pengajian kepada 8 orang remaja/belia yang terpilih di bawah projek khas Skuad Kerjaya Remaja YSB (SKRY) yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran TVET dan akademik bagi tahun 2020 yang lalu.

Moga sumbangan tersebut dapatlah sedikit sebanyak menampung kos perjalanan peserta terbabit melaporkan diri di pusat pengajian.

Program ini dirangka sejak 2019 yang lalu bermatlamat membimbing remaja/belia dari golongan keluarga berpendapatan rendah untuk menyambung pengajian dalam institusi kemahiran TVET khususnya.

Sumbangan ehsan sebagai insentif ini disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Haji Nasir Mustafa - Ahli Lembaga Amanah YSB / Pengerusi JK Pembangunan Kerjaya (Remaja) PTE YSB. Yang turut hadir ialah Pn Misbah Dato' Hj Abdul Hamid - Pengurus Besar YSB.