MISI BANTUAN KEMANUSIAAN YSB BENCANA BANJIR PANTAI TIMUR 2014
6HB-10HB JANUARI 2015.  

Pada 6hb-10hb Januari 2015 (Selasa-Sabtu) Yayasan Sultanah Bahiyah telah mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan YSB Bencana Banjir Pantai Timur 2014 dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kedah.
Misi kemanusiaan pasca banjir kali ini memberi penumpuan sepenuhnya kepada khidmat mencuci kawasan sekolah, dan masjid yang terlibat dengan bencana banjir di Machang.


YSB diberi tugas mencuci di Sekolah Kebangsaan Bandar, Sekolah Kebangsaan Pangkal Mak Wan dan Masjid Kelaweh. Selain itu, YSB juga turut memberi sumbangan berupa makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada mangsa bencana banjir sekitar kampung di Machang.
Turut bersama memberi sokongan kepada YSB adalah JPS Kuala Muda, Al-Faiz, DCL Travel And Tour, dan Muslimat Taman Sejati Sungai Petani.