A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (FENOMENA BANJIR AIR PASANG BESAR) KAWASAN KOTA KUALA MUDA, KEDAH

 

Pada 23-24 September 2016 (Jumaat-Sabtu) Yayasan Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat Mencuci Rumah Mangsa akibat Fenomena Banjir Air Pasang Besar. Khidmat bakti yang dijalankan bersama 20 sukarelawan YSB ini memberi tumpuan kepada kawasan kampung yang terlibat dalam fenomena banjir air pasang besar di Kampung Sungai Yu, Kampung Lubuk Masjid, Kampung Paya, dan Kampung Sungai Meriam di Kota Kuala Muda, Kedah.
Sukarelawan ditugaskan mencuci rumah-rumah kampung yang terlibat serta dewan orang ramai, serta surau di Tadika Kemas.
Ramai mangsa dan penduduk mengucapkan terima kasih serta menghargai khidmat bakti ini.