A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Pusat Hemodialisis NKF -Yayasan Sultanah Bahiyah Kulim

Yayasan Sultanah Bahiyah telah menerima sumbangan daripada Perbadanan Kemajuaan Negeri Kedah (PKNK) sebanyak RM500,000.00 untuk menubuhkan sebuah pusat rawatan hemodialisis baru berkonsepkan amal di negeri Kedah. Atas khidmat nasihat daripada Pakar Perubatan Nephrologi Hospital Sultanah Bahiyah , pusat baru tersebut dicadangkan ditubuhkan di daerah Kulim memandangkan bilangan pesakit yang meningkat dan kekurangan pusat hemodialisis anjuran NGO di kawasan tersebut.  Bagi merealisasikan penubuhan pusat ini, YSB telah bekerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) yang mempunyai kepakaran dalam pengendalian pusat hemodialisis.   YSB telah membelanjakan RM 790,000.00 bagi penyediaan 10 unit mesin dan kos pengubahsuaian premis. Pusat ini   didirikan di Lot 112-113 , Kulim Avenue , Kulim Hi-Tech Park.