Berita Terkini

2nd Pendang Dragon Boat Regatta 2025
18/5/2025 - "2nd Pendang Dragon Boat Regatta 2025" telah berjaya diaksanakan dalam suasana penuh meriah & bermakna bersempena juga Tahun Melawat Kedah 2025. Baca selanjutnya...
Program Penanaman Pokok Bakau
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, Yayasan Sultanah Bahiyah telah menganjurkan program penanaman pokok bakau bertempat di Kompartmen 1, Hutan Simpan Merbok, Kuala Muda, Kedah. Baca selanjutnya...
Kem Pengurusan Bencana & Glamping Sukarelawan Muda 2024

 

 

24-26/5/2024 - Kem Pengurusan Bencana & Glamping Sukarelawan Muda 2024 telah diadakan di Kem Rekreasi ABIM Tasik Beris, Sik yang melibatkan 43 orang peserta terdiri daripada gabungan sukarelawan belia dan mahasiswa dari 7 buah Ngo/Agensi berkaitan.

Baca selanjutnya...
Latihan Perahu Naga bersama YTM Tunku Temenggong Kedah

 8/6/2024, PENDANG - Program Latihan Perahu Naga bersama YTM Tunku Temenggong Kedah / Pengerusi YSB telah selesai dijayakan dalam suasana penuh bersemangat dan ceria bertempat di Sungai Titi 2 Lapis MADA, Pekan Tanah Merah, Pendang, Kedah.
Berbekalkan semangat jitu YTM Tunku Temenggong Kedah sendiri, seramai 14 orang pendayung jemputan khas terdiri dari Ketua-ketua jabatan/agensi telah turut bersama berdayung disulami sorakan semangat oleh ratusan penduduk kampung yang turut teruja untuk menyaksikan detik bermakna ini.

Baca selanjutnya...
Kempen Cintai Sungai (Planet Earth 3.0)

24/10/2023 - YSB turut menyokong Kempen Cintai Sungai (Planet Earth 3.0) anjuran Kedah Medical Centre (KMC) di sepanjang Sungai Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baca selanjutnya...
Program Kesedaran Alam Sekitar 2023

16 September 2023 - Sempena Cuti Umum Sambutan Hari Malaysia tahun ini, Program Kesedaran Alam Sekitar 2023 bertemakan 'Jom Tanam Bakau' dianjurkan bersama oleh Yayasan Sultanah Bahiyah, Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah serta Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Baca selanjutnya...

2nd Pendang Dragon Boat Regatta 2025

Penganjuran siri yang ke-2 kali ini menampilkan 23 pasukan berjuang merebut gelaran JUARA 2nd PDBR 2025 dalam 5 kategori keseluruhan - 'Premier Open, Mixed, Masters & Closes Agency serta Dragon Tug Boat' sepanjang 2 hari bermula 17/5 Di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah.
Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup Regatta disempurnakan oleh YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah Tunku Bendahara Kedah dan YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Tunku Temenggong Kedah (Pengerusi YSB) serta YB En. Baddrol Bin Bakhtiar, Adun Gurun mewakili YB EXCO Belia & Sukan Negeri Kedah dalam suasana penuh keceriaan walau hujan melanda di pertengahan acara berlangsung.
Turut hadir memeriahkan acara adalah Y.Bhg En Nasrun Dato' Mohd Sheriff, Pegawai Daerah Pendang, Ahli-Ahli Lembaga Amanah YSB, para penaja serta ketua-ketua jabatan.
Tahniah YSB - Harlie Venture (M) Sdn Bhd selaku Penganjur Bersama Regatta kali ini dibantu mantap agensi-agensi pelaksana berkaitan.