Aktiviti berupa gerak kerja mengutip sampah hanyut seperti botol, plastik, polisterin dan pelbagai lagi bahan buangan yang di lempar atau hanyut ke sungai oleh pihak-pihak yang kurang tahap kesedaran dalam pemuliharaan alam sekitar.
YSB turut menyediakan 2 buah bot dan 4 petugas sepanjang operasi tersebut bersama Jabatan Pengairan & Saliran, Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.
Seramai hampir 50 orang peserta dan 9 buah bot keseluruhannya terlibat sama dalam operasi khidmat masyarakat ini bermula jam 8 pagi - 12.30 tengahari.
Sebanyak 200 kg sampah hanyut telah berjaya dikutip dan diharapkan ia mampu mengurangkan impak negatif kepada biodiversiti dan kelestarian sungai.
Program turut disertai Y.Bhg Pn Norhalida Abdullah (CEO KMC), Dato' Dr Kamaruzaman Ali (Pengarah Perubatan KMC merangkap Ahli Lembaga Amanah YSB), Pn Misbah Dato' Hj Abdul Hamid (Pengurus Besar YSB), Pegawai dan kakitangan KMC serta wakil-wakil dari agensi yang terlibat.







