14.02.2019. Majlis Perasmian Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Projek Titian Bistari Yayasan Sultanah Bahiyah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan merangkap Pengerusi Program Titian Bistari. Projek kelas tambahan percuma ini memfokuskan pelajar sederhana dari kawasan luar bandar yang melibatkan 24 pusat di seluruh negeri Kedah. Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan serta YTM Tunku Temenggong Kedah Darul Aman di atas perkenan berangkat ke majlis ini. Turut hadir Y.Bhg Tuan Hj Abd Aziz Bin Sulaiman,Pengarah Pendidikan Negeri Kedah,Orang Besar Jajahan Kinta,Yang Dihormati Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Dato Ab. Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Kampar,Yang Dihormati Toh Sedewa Raja,Dato' Abdul Talib Bin Abd Fahmi,Orang Besar Jajahan Muallim Yang Dihormati Toh Paduka Setia,Dato' Ir. Dr. Safry Kamal Bin Haji Ahmad, Yang Mulia Raja Dato' Abd Jalil Bin Raja Zaid,Pengurus Besar TNB Perak, Yang Amat Mulia,Raja Dato' Sri Ir Jamil Ariffin Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah,Yang Mulia Tengku Datin Sri Zalila Binti Tengku Kamarulzaman, Y.Bhg Puan Misbah Binti Dato' Hj Abd Hamid,Pengurus Besar YSB,Y.Bhg Tuan-tuan Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

#memartabatkanpendidikanluarbandar

#titianbistariysb#yakinsetiabakti

#23tahunterusberbakti