A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Xpert Slider

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Marhaban Yaa Ramadhan 1441H

Donate Now For COVID 19

Kempen Derma Darah 15 April - 28 April 2020 Pusat Darah Hospital Alor Setar

PERTANDINGAN PERAHU NAGA (PTE)

Konsert Amal BEATLEMANIA

Konsert Amal Beatlemania yang dibawa khas dari United Kingdom telah berlangsung dengan jayanya pada 14 dan 15 Februari 2020 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) telah bekerjasama dengan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) untuk menganjurkan konsert tersebut. Konsert ini diadakan untuk merencana dana tabungan bagi menjalankan aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh PBSMM dan YSB.KDYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dan KDYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan sudi berangkat bagi menjayakan konsert tersebut. Selain itu, tetamu DiRaja lain yang sudi berangkat menyaksikan konsert tersebut adalah YMM Che Puan Besar Kedah, DYTM Raja Puan Besar Perak, YTM Tunku Laxsamana Negeri Sembilan, YAM Tuanku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan, DYAM Raja Dihilir Perak dan DYAM Raja Puan Muda Perak, YTM Tunku Bendahara Kedah dan YABhg Toh Puan Bendahara Kedah, YB Hanna Yeoh serta kerabat-kerabat DiRaja lain.