A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

KEM ALAM SEKITAR YSB + Y-CENTRE 2015 DI TAMAN NEGARA ROYAL BELUM, PERAK
 


 23–25hb Disember 2015, Kem Pendidikan Alam Sekitar 2015 anjuran bersama Yayasan Sultanah Bahiyah bersama Y-Centre UTC Kedah (Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah) telah dilaksanakan di Taman Negara Royal Belum, Tasik Temenggor, Perak Darul Ridzuan selama 3 hari 2 malam.


 
 40 orang peserta termasuk urusetia mengikuti pelbagai program antaranya belayar di atas house boat menjelajah Taman Negara Royal Belum yang memberikan pengalaman indah dan baru.
 
 Konvoi 7 buah kenderaan pacuan empat roda dan 1 buah van bermula jam 8.00 pagi dari Pejabat YSB ke Jeti Awam Pulau Banding selama 3 jam merentasi pemandangan indah Lebuhraya Utara-Selatan, Jalan-jalan kampong serta Lebuhraya Baling-Gerik yang cukup dingin lagi mempesonakan.
 
 11.40 pagi - setibanya di jeti, kelengkapan dimuat pantas ke ‘House boat Arus Belum’ kerana kesemuanya teruja untuk merasai pelayaran bermakna buat diri masing-masing. Sebaik pelayaran bermula peserta diberikan taklimat khas, dipecahkan mengikut kumpulan, ‘check-in’ bilik kemudian disajikan jamuan tengahari yang lazat ditambah pula perut yang berkeroncong. Pelayaran selama 2.5 jam menuju ke penempatan Orang Asli Kampong Aman Damai yang terletak di salah satu pulau di Tasik Temenggor, Royal Belum. Semuanya bersemangat hendak mengenali masyarakat orang asli.
 
 2.40 petang – Sampai di perkampongan asli, semuanya sibuk untuk ‘berkenal-kenalan’ dan melaksanakan tugasan kumpulan masing-masing. Suku Kaum Asli Jahaidi sini seramai 105 orang kesemuanya dari 17 keluarga diketuai Tok Batin Rahim. Ilmu menyumpit dan mendengar ceritera kehidupan masyarakat asli ini turut dicungkil sementara berpeluang. Sumbangan barangan makanan kepada masyarakat asli di sini diberikan kepada wakil Tok Batin bernama Pak Long Subing atau Mat. Coklat dijadikan ‘umpan’ kepada kanak-kanak asli bagi menarik minat mereka untuk didekati dan bergambar kenangan. Selepas sesi bergambar dan menyumbang barangan, pelayaran diteruskan ke Jeti Kg Sungai Tiang yang mengambil masa 2 jam perjalanan dari Kg Orang Asli tersebut. House boat ini kemudiannya berlabuh semalaman di Jeti Kg Sungai Tiang, Royal Belum.
 
 5.00 petang – Dengan menaiki 3 buah bot laju peserta bergerak ke lokasi ikon Royal Belum iaitu bunga terbesar di dunia- Bunga Rafflesia. Treking selama 45 minit berbaloi apabila Berjaya menemui bunga yang sedang mengembang di celahan batu dan semuanya berebut untuk ‘berselfie’ dengan bunga gergasi ini. Bertuah rasanya dapat melihat bunga terbesar di dunia yang jarang di temui ini.
 
 Pulang ke boat house, aktiviti ‘water confident’ peserta dipinta memakai jaket keselamatan dan dilepaskan ke dalam tasik secara melentang kemudian berpaut satu sama lain membentuk bulatan sebagai teknik jika berhadapan situasi cemas di air. Bagi yang tidak tahu berenang, teknik ini memberikan rasa yakin dan selamat dengan tunjuk ajar jurulatih house boat yang berpengalaman.
 
 Aktiviti malam diisi dengan Taklimat Berkaitan Royal Belum oleh pihak Arus Belum yang memberikan input berguna kepada semua. Selesai taklimat, peserta dibenarkan memancing di sekitar house boat dan melihat keindahan alam semesta langit malam yang mempesonakan.
 
 24 Disember – Solat Subuh disusuli selawat Nabi sempena Maulidur Rasul diimamkan Muhd Syahid dan Sollehin selaku peserta dari Y-Centre. Jam 8.30 pagi peserta menaiki bot laju menuju ke Sira Papan dimana terdapatnya salt lick (sirahaiwan) yang menjadi lokasi haiwan mendapatkan nutrient garam batu sebagai cara ‘merawatdiri’ dengan menjilat nutrient garam yang terdapat di batu-batu.
 
 Spesis Pokok Gaharu juga dijumpai dimana teras kayu pokok tersebut dijadikan ramuan membuat minyak wangi sehingga boleh mencecah nilaian berpuluh ribu ringgit sekilo gram mengikut gred.
 Khidmat masyarakat membersih papan tanda Sungai Papan yang pudar diseliputi lumpur akibat banjir besar penghujung 2014 juga dilaksanakan oleh para peserta sebelum pulang ke house boat.
 
 Sebagai pengisian peserta diberikan kerja kumpulan mengarang sebuah karangan pendek bertujuan membentuk semangat berkumpulan secara positif. Jam 5.30 petang aktiviti teknik asas menyelamat di air sekali lagi dijalankan sebagai peluang kepada peserta mandi tasik sambil menjalani aktiviti berfaedah. Solat jamak Maghrib dan Isyak disusuli bacaan Surah Yaasin pada malam tersebut.
 
 Jam 8.45malam acara penyampaian sijil dan cenderamata penghargaan disempurnakan oleh Puan Aziah bt Othman – Pengurus Y-Centre UTC Kedah mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah kepada para peserta serta urusetia yang terlibat. Majlis diakhiri dengan jamuan malam istimewa kambing bakar, nasi goreng, sosej, ayam bakar dan pelbagai menu menyelerakan sambil menonton slaid gambar aktiviti sepanjang program. Jam 11.30 malam peserta akhirnya beristirahat.
 
 25 Disember, jam 9.00 pagi peserta menaiki 3 buah bot laju menuju ke Air Terjun Sungai Ruok iaitu lokasi sanktuari ikan kelah popular di Taman Negeri Royal Belum. Peserta berpeluang mandi-manda di air terjun yang mempesonakan sambil menjamu anak ikan kelah yang jinak dan dilindungi oleh pihak Taman Negara Royal Belum. Semua peserta gembira kerana diberi peluang bagi mengikuti program kali ini. Jam 11.30 pagi semuanya bergerak semula ke house boat yang menanti.
 
 Selesai makan tengahari, sambil belayar peserta diberi penerangan tentang persiapan akhir sebelum pulang kerana pelayaran ini dijangka berakhir jam 2.30 petang di Jeti Pulau Banding. Tepat jam 2.30 petang, house boat yang ‘mengusung’ kami sejak 2 hari lalu merapat ke jeti. Peralatan kumpulan dan individu dipunggah ke kenderaan masing-masing dengan rasa agak terharu kerana berakhirlah sudah program yang cukup bermakna kali ini. Jam 3.15 petang semua kenderaan mula bergerak pulang ke AlorSetar membawa seribu kenangan yang cukup indah dan bermanfaat. Jam 6.30 petang konvoi selamat tiba di Perkarangan YSB Shahab Perdana. Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan…
 
 Setinggi menjunjung kasih buat Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah – Tunku Panglima Besar Kedah [AHLI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH] selaku Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah yang telah memperkenankan kem pada kali ini dilaksanakan di Taman Negeri Royal Belum, Perak Darul Ridzuan.
 
 Penghargaan terima kasih juga kepada Y.Bhg Dato’ Dr Kamaruzaman Ali – Pengerusi JK Induk program, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Y-Centre UTC Kedah, Arus Belum Sdn Bhd, YSB Support Team, Urusetia, Jurugambar rasmi, petugas serta peserta yang terlibat pada kali ini. Moga dirahmati dan diberkati segala bantuan yang dihulurkan dan dirahmati amalan yang dikerjakan…
 
 “ROYAL BELUM, KEINDAHAN YANG TERISTIMEWA”
 

 

Gambar seterusnya ----->  KEM ALAM SEKITAR YSB + Y-CENTRE 2015 DI TAMAN NEGARA ROYAL BELUM, PERAK

: Капитальный ремонт крыши. Быстрый ремонт крыши дома своими руками. Стоимость ремонта крыши. Ремонт потолка своими руками. Качественный ремонт потолков в квартире. Ремонт подвесных потолков. Схема подключения котла отопления. Быстрое подключение котла к системе отопления. Подключение батарей отопления схема.
Продажа самодельных вездеходов. Лучшие самодельные мини вездеходы. Устройство самодельных вездеходов. Ванная комната дизайн фото. Красивый дизайн интерьера ванной комнаты. Дизайн ванной комнаты в квартире. Как начать бизнес с нуля. Лучшие идеи малого бизнеса с нуля. Новый бизнес с нуля. Самодельные квадроциклы чертежи. Как сделать самодельный квадроцикл сегодня. Самодельный квадроцикл своими руками. Стяжка пола своими руками. Быстрая и сухая стяжка пола своими руками. Как сделать стяжку своими руками.