A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

KEM EKSESAIS TAHUNAN YSB SUPPORT TEAM 2016 PENGALAMAN BERHARGA

7-9 Februari 2016 – Kem Eksesais Tahunan YSB Support Team Siri 2016 telah dilaksanakan di Pulau Songsong, Yan, Kedah Darul Aman melibatkan seramai 38 orang. Kem 3hari 2malam ini berkonsepkan ilmu teori dan amali buat sukarelawan YSB yang menganggotai Pasukan Bantuan YSB atau lebih dikenali “YSB Support Team”.


Bermatlamat memupuk semangat berpasukan, kental menghadapi cabaran, yakin mendepani bencana serta metodologi bagi menilai pelapis baru untuk pasukan khas sukarelawan YSB ini. Peserta berumur antara 21 tahun – 55 tahun disajikan dengan cabaran kehidupan agak lasak di pulau yang tiada sumber air tawar, kehidupan separuh survival serta penerapan kerjasama berpasukan dalam setiap aktiviti yang dilalui.
Antara aktiviti dilalui ialah Latihan dalam kumpulan, Persediaan asas bencana, kecekapan pancaindera,simulasi bot karam, kecergasan, masakan hutan, kawalan kem, menghadapi kebakaran hutan, gotong-royong pembersihan pulau serta pemuliharaan pohon rhu. Secara tidak langsung ianya dapat mengulangkaji dan mempraktikkan ilmu kemandirian yang diterapkan sebelum ini. Bagi peserta baru ianya menjadi pengalaman baru yang cukup berguna.
Pengurusan kem mengagihkan setiap peserta ditempatkan mengikut unit masing-masing seperti Unit  pengurusan & kewangan, Unit penyertaan & pendaftaran, Unit aktiviti & peralatan, Unit persiapan tempat & kebajikan, Unit sajian & kesihatan, Unit pengangkutan & keselamatan serta Unit tugas khas & dokumentasi. 3 kumpulan utama mempunyai antara 12-13 orang sekumpulan dipecahkan disepanjang aktiviti kem.
Memugar kawasan hutan kecil untuk dijadikan kawasan penempatan yang beralaskan bumbung ‘puncho’ dan katil medan adalah pengalaman berguna setiap peserta. Peringatan tentang ancaman dan habitat binatang berbisa di pulau seperti ular kapak, lipan, kala jengking, serangga berbisa dan sebagainya diambil serius oleh setiap peserta.
Disebelah malamnya, ditakdirkan peserta diuji dengan kejadian sebenar kebakaran hutan akibat kesilapan sekumpulan pengunjung luar telah bermain parasutsuar (paraflare) dan menyebabkan kawasan belukar di bukit Pulau Songsong terbakar. Natijahnya, semua peserta tidak nyenyak tidur melihatkan maraknya api yang membara dan kawalan keselamatan kem diwujudkan. Seawal jam 3.30 pagi 8hb semua peserta dikejutkan dari pembaringan kerana  api kelihatan marak menjalar ke kawasan bawah bukit berhampiran kem peserta. Semua bergegas mengusung kelengkapan diri ke kawasan lapang pulau apatahlagi dengan suasana angin sejuk yang menderu.
33 lelaki dan 5 wanita mengharungi kehidupan tidak mandi selama 3hari 2malam kerana sumber air tawar yang dibawa amat terhad dan diutamakan untuk keperluan memasak atau kecemasan sahaja. Walaupun sedikit derita hasilnya peserta dapat dipupuk semangat jati diri, merasai situasi bencana, kerja berkumpulan disamping berlatih dalam suasana cuaca panas terik disebelah siangnya dan sejuk serta berangin kencang pula disebelah malamnya. Latihan simulasi bot karam dibuat tanpa membezakan jantina kerana ahli YSB ST diperingatkan agar senantiasa berwaspada menghadapi musibah di sungai, lautan atau daratan maka persediaan mental dan fizikal amat penting.
Operasi pembersihan pulau dan memulihara pohon rhu yang ditanam sempena Kem Integrasi Sukarelawan YSB pada 2013 yang lalu amat mengujakan semua yang terlibat kerana dapat melihat 16 pohon rhu yang ditanam dahulunya sekitar setinggi 3 kaki kini gah berdiri melebihi 20 kaki keseluruhannya. Namun, sikap sesetengah pengunjung yang memasak berhampirannya telah menyebabkan sebahagian pohon kering dan terbantut perkembangannya. Sampah seperti botol dan plastic yang ditinggalkan juga mencacatkan pemandangan serta membahayakan. Untuk kesedaranpengunjung, papan tanda peringatan dipasang oleh peserta kem di beberapa lokasi sebagai nasihat umum.
Dalam cabaran pertandingan masakan survival, ianya telah menonjolkan bakat-bakat terpendam peserta dalam kemahiran memasak dan sajian hiasan terbaik disebalik kemudahan alatan yang terhad. Ilmu dan petua orang lama terdahulu nampaknya dipraktikkan dalam cabaran ini sebaiknya.
Majlis ringkas penyerahan t-shirt kem disampaikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr Kamaruzaman Ali – Pengerusi Program  Pembangunan Remaja dan turut hadir Y.Bhg Datin. Y.Bhg Dato’ Dr dan Datin sebelumnya turut sama bergotong royong membersihkan pulau dan menanam pohon kelapa.
Melalui komen dan luahan perasaan kebanyakkan peserta, ramai yang menghargai pengalaman keminidan menganggapnya sebagai ilmu yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit semata-mata.
Ramai yang menyuarakan hasrat untuk bertemu lagi di Kem Eksesais YSB ST 2017… InSyaAllah

 

: Капитальный ремонт крыши. Быстрый ремонт крыши дома своими руками. Стоимость ремонта крыши. Ремонт потолка своими руками. Качественный ремонт потолков в квартире. Ремонт подвесных потолков. Схема подключения котла отопления. Быстрое подключение котла к системе отопления. Подключение батарей отопления схема.
Продажа самодельных вездеходов. Лучшие самодельные мини вездеходы. Устройство самодельных вездеходов. Ванная комната дизайн фото. Красивый дизайн интерьера ванной комнаты. Дизайн ванной комнаты в квартире. Как начать бизнес с нуля. Лучшие идеи малого бизнеса с нуля. Новый бизнес с нуля. Самодельные квадроциклы чертежи. Как сделать самодельный квадроцикл сегодня. Самодельный квадроцикл своими руками. Стяжка пола своими руками. Быстрая и сухая стяжка пола своими руками. Как сделать стяжку своими руками.