ARKIB : 22/03/2013

DERMA HARGAI JASA

Alor Setar: Prihatin terhadap nasib keluarga anggota keselamatan yang menjalankan tugas sepanjang krisis pencerobohan Lahad Datu, Sabah, Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), menghulurkan sumbangan RM20,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu-Media Prima Berhad, semalam.

 

Sumbangan itu diserahkan kepada Tabung Wira Lahad Datu-Media Prima Berhad dalam majlis khas di Istana Anak Bukit, di sini.


Replika cek sumbangan itu diserahkan Tunku Panglima Besar Kedah yang juga Pengerusi YSB Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah kepada Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab dan Ketua Staf Markas 6 Briged, Leftenan Kolonel Abdul Jamil Othman. Sumbangan itu disalurkan kepada Tabung Wira Lahad Datu-Media Prima Berhad untuk diberikan kepada waris dan keluarga ahli pasukan keselamatan yang terkorban dan tercedera ketika berusaha mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu.