A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG 2016
Anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah


Memasuki edisi ke 18 penganjuran, Karnival Amal Hari Penyayang 2016 semestinya telah berada pada kelasnya yang tersendiri dan berlangsung dengan jayanya selama 2 hari iaitu pada 13 & 14 Mei yang lalu.

 

Pada tahun ini, bahagian mendana kewangan memfokuskan pengumpulan dana bagi menjayakan program-program kesihatan komuniti yang sedang dirancang dan juga yang telah dijalankan seperti pusat hemodialisis di Alor Setar dan Kulim, Bas Tabung Darah Bergerak dan juga program kesihatan bergerak yang dinamakan ‘Mobile Health Screening Programme’. Keseluruhan kos bagi program-program tersebut melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 2 juta setahun.

Dengan mengekalkan konsep “Berhibur Sambil Menderma”,pelbagai acara telah diadakan bagi menarik pengunjung dari seluruh Negeri Kedah serta kawasan sekitar berdekatan bagi memeriahkan lagi karnival ini. Antara pengisian serta acara-acara yang diadakan adalah seperti Bazar Kebajikan, Bazar Makanan & Kafe Penyayang, Kempen Derma Darah, Pameran Kerjaya & NGO, Sukan Remaja – Pertandingan Futsal Remaja, Larian Bendang Kedah, Peraduan Mewarna Kanak-kanak, Battle of the band, karoeke dan pelbagai lagi. Pada karnival amal tahun ini, YSB tidak ketinggalan dalam mewujudkan kelainan pada setiap edisi dengan mengadakan aktiviti malam iaitu food truck. Ia diadakan khusus untuk menarik minat pengunjung muda dan mengikut trend semasa. Lebih 30 food truck dari seluruh semenanjung Malaysia hadir bagi memeriahkan acara malam sempena Karnival Amal Hari Penyayang 2016. Turut menjadi pengisian untuk acara malam adalah pengelibatan kaum Cina dalam mengisi pentas di sebelah food truck iaitu Pertunjukkan Tarian Singa yang menjadi juara peringkat antarabangsa, Gendang 24 dan lain-lain lagi.  

Seperti edisi-edisi yang lalu, Karnival Amal pada tahun ini juga dimuatkan lagi dengan persembahan dari artis terkenal tempatan antaranya Tomok, Datin Alyah, Tasha Manshahar, Azheal AF dan artis-artis kebudayaan negeri Kedah.

Karnival Amal pada tahun ini diserikan lagi dengan keberangkatan YTM Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YTM Tunku Laksamana Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YTM Tunku Panglima Besar Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah (Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah) dan YAB Menteri Besar Kedah ke acara lelongan amal.

Jumlah pengunjung yang hadir pada Karnival Amal Hari Penyayang pada tahun ini dianggarkan melebihi 50,000 orang serta hasil mendana kewangan pada tahun ini mencatatkan sejumlah RM 1.3 Juta.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih Yayasan Sultanah Bahiyah ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Karnival Amal pada tahun ini termasuklah Kerajaan Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa Induk, Penderma – Penderma ( Levent Corporation Sdn Bhd, Bina Darulaman Berhad, Tone Group, PP Chin Hin Sdn Bhd, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Lai Hin Trading Sdn Bhd, Eternal Development Sdn Bhd dan Jai Wei Tyres Sdn Bhd ) serta Sukarelawan – sukarelawan yang sentiasa bersedia dalam memberikan sepenuh keringat kepada apa sahaja acara anjuran YSB.Jumpa lagi tahun depan!

 

: Капитальный ремонт крыши. Быстрый ремонт крыши дома своими руками. Стоимость ремонта крыши. Ремонт потолка своими руками. Качественный ремонт потолков в квартире. Ремонт подвесных потолков. Схема подключения котла отопления. Быстрое подключение котла к системе отопления. Подключение батарей отопления схема.
Продажа самодельных вездеходов. Лучшие самодельные мини вездеходы. Устройство самодельных вездеходов. Ванная комната дизайн фото. Красивый дизайн интерьера ванной комнаты. Дизайн ванной комнаты в квартире. Как начать бизнес с нуля. Лучшие идеи малого бизнеса с нуля. Новый бизнес с нуля. Самодельные квадроциклы чертежи. Как сделать самодельный квадроцикл сегодня. Самодельный квадроцикл своими руками. Стяжка пола своими руками. Быстрая и сухая стяжка пола своими руками. Как сделать стяжку своими руками.