LAWATAN AKADEMIK ‘HUA CHIEW CHALERMPRAKIET UNIVERSITY KE YSB 

page lp

page lp2

page lp3

Pada tanggal 21hb Februari 2013, Yayasan Sultanah Bahiyah telah berbesar hati menerima kunjungan daripada Universiti Hua Chiew Chalermprakiet, Bangkok Thailand. Delegasi tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar Pasca-siswazah seramai 18 orang juga 4 orang staff akademik daripada Pusat Pengajian Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia. Objektif lawatan akademik tersebut adalah bagi mengenali agensi kebajikan masyarakat yang terdapat di Malaysia. Satu taklimat khas telah diberikan oleh Pengurus Besar YSB, Puan Misbah Abdul Hamid mengenai latarbelakang serta kerja sosial yang telah dijalankan sepanjang penubuhan YSB. Dalam rangka lawatan selama 2 hari tersebut, delegasi tersebut turut dibawa melawat sekitar Bandar Alor Setar.