MAJLIS LAWATAN KHAS DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN BENCANA RIBUT DAERAH KOTA SETAR BERTEMPAT DI KAMPUNG KUALA SUNGAI,
MUKIM SUNGAI BARU
5HB NOVEMBER 2014. (RABU)


Pada 5hb November 2014 (Rabu) Yayasan Sultanah Bahiyah telah mengadakan Majlis Lawatan Khas Dan Penyampaian Sumbangan Bencana Ribut Daerah Kota Setar, di Kampung Kuala Sungai, Mukim Sungai Baru. Tujuan majlis ini diadakan untuk memberi sumbangan kepada mangsa ribut yang berlaku di Daerah Kota Setar.

Pada majlis berkenaan seramai 22 mangsa dari kampung Kuala Sungai diberikan bantuan barangan makanan. Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah, Ahli Jemaah Pamangku Sultan Kedah selaku Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah telah perkenan menyampaikan RM 30,000.00 kepada Y. Bhg Dato’ Hj Fisol Bin Md Nor, Tuan Pegawai Daerah Kota Setar untuk tabung bencana alam. Dana tersebut adalah untuk pembaikan kerosakan rumah. Ribut puting beliung berlaku pada 31hb Oktober 2014 bermula jam 4.30petang telah melanda kawasan Taman Inang dan Mergong Hilir, Taman Mergong Jaya Fasa 1, Kampung Batin dan Kampung Sungai Baru Kuala Sungai.yang melibatkan sebanyak 66 buah rumah.

Turut hadir bersama ke majlis ialah YTM Datin Paduka Dato’ Tunku Hajah Nafisah Binti Almarhum Sultan Badlishah, Ahli Lembaga Amanah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan YSB, Y. Bhg Datin Wira Hajah Ramizan Binti Ibrahim, Ahli Lembaga Amanah YSB, Y. Bhg Dato’ Haji Nasir Bin Mustafa Ahli Lembaga Amanah YSB dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebajikan YSB serta ketua-ketua kominiti dan jabatan-jabatan yang terlibat dengan bantuan dan pembaikan rumah mangsa. Sukarelawan YSB turut membantu tenaga dalam membersih dan menyediakan makanan di tapak bantuan.