MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN PEJABAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN DAN YAYASAN SULTANAH BAHIYAH TAHUN 2014 (1435H)


Pada 21hb Julai 2014 bersamaan 23 Ramadhan telah berlangsungnya satu Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Bersama Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Dan Yayasan Sultanah Bahiyah Tahun 2014 (1435h) di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Read more: MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2014

Pada tahun ini, majlis sumbangan perayaan  Tahun Baru Cina telah diadakan pada 26hb Januari 2014 (Ahad),di Sentosa Regency Hotel Jalan Putra, bertujuan untuk meraikan golongan kurang upaya, keluarga miskin dan anak-anak yatim agar dapat merasa nikmat menyambut perayaan masing-masing.

Read more: SUMBANGAN TAHUN BARU CINA 2014

 

 

MAJLIS SUMBANGAN AIDILFITRI 2012 KEPADA KELUARGA MISKIN DAN ANAK-ANAK YATIM

YSB dan Pejabat Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah telah menganjurkan Majlis Sumbangan Aidilfitri 2012 pada 15 Ogos 2012 yang lalu di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman. Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Pengerusi YSB telah berkenan berangkat ke acara ini dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada 300 keluarga miskin dan YTM Datin Paduka Dato' Tunku Hajah Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah, Ahli Lembaga Amanah YSB menyampaikan sumbangan kepada 150 orang anak-anak yatim. Sumbangan diadakan bertujuan untuk meringankan beban keluarga miskin menceriakan anak-anak yatim semasa menyambut perayaan Aidilfitri 2012 ini.

Page 3 of 4