MAJLIS KORBAN ERATKAN SILATULRAHIM KOMUNITI SETEMPAT



Sebanyak 7 buah sekolah di bawah Projek Titian Bistari Yayasan Sultanah Bahiyah dipilih untuk menyertai program korban sempena Hari Raya Aidil Adha tahun 1435 Hijrah (2014).

Agihan lembu-lembu korban kepada sekolah-sekolah terbabit adalah sumbangan daripada Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (AHLI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH), Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah sebanyak 2 ekor manakala Yang Berbahagia Dato’ Alkani bin Ahmad telah menyumbang sebanyak 5 ekor lembu untuk dikorbankan.

Agihan lembu-lembu tersebut adalah kepada sekolah-sekolah Projek Titian Bistari adalah seperti berikut :-

- Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu
- Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changloon
- Sekolah Kebangsaan Asam Jawa, Baling
- Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, Sungai Daun
- Sekolah Kebangsaan Teloi Tua, Sik
- Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang
- Sekolah Kebangsaan Seri Kuala, Kota Kuala Muda

Pemilihan sekolah-sekolah untuk diagihkan lembu tersebut berdasarkan pencapaian terbaik dikalangan sekolah-sekolah Projek Titian Bistari Yayasan Sultanah Bahiyah.

Majlis penyembelihan bermula dari jam 7.45 pagi Hari Raya Ke-3 disempurnakan oleh tuan-tuan Imam Masjid pusat Projek Titian Bistari yang terpilih di daerah masing-masing.

Aktiviti melapah, memotong daging dan memasak secara gorong royong melibatkan Guru-guru sekolah, PIBG, jawatankuasa kariah dan penduduk kampong.

Pada jam 11.45 pagi majlis bacaan Yassin dan Tahlil kepada Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah (Penaung Diraja yang pertama) diadakan pada hari yang sama dan memasak daging korban seterusnya di kendurikan kepada murid-murid dan seluruh warga sekolah serta kariah masjid.


 

Page 5 of 10