YSB ANJUR KEM MOTIVASI BANTU PELAJAR MENGHADAPI UPSR 2014  

 

Bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok, satu  Program Motivasi Kecemerlangan  UPSR telah dianjurkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB). Penganjuran kali ke-14 program ini melibatkan pelajar tahun 6 dari 24 buah pusat tuisyen seluruh Negeri Kedah Darul Aman dengan tajaan sepenuhnya oleh YSB. Program ini berlangsung selama 4 hari bermula 07hb hingga 10hb Ogos 2014 serta mendapat kerjasama penuh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Universiti Utara Malaysia. Seramai 1,008 orang pelajar daripada sekolah-sekolah luar bandar dibawah Projek Titian Bistari menyertai progam ini dengan tujuan memantapkan persediaan serta penerapan teknik mengingat dan menggunakan minda yang lebih berkesan kepada pelajar tahun 6 untuk menghadapi UPSR pada tahun ini. Majlis Perasmian Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2014 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan, dan Kerja Raya pada 08hb Ogos 2014 bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia.

 

Page 6 of 10