Sekali lagi pada tahun ini Projek Titian Bistari (PTB) YSB menganjurkan Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR di Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula pada 12 hingga 15 Julai 2012 yang lalu. Kem motivasi ini dianjurkan bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan UUM.Ia diadakan khusus untuk pelajar PTB tahun 6 yang bakal menjalani peperiksaan UPSR pada bulan September ini. Seramai 1009 pelajar PTB menyertai kem ini dan program ini dikendalikan oleh guru-guru pakar daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Selain itu, bekas pelajar PTB yang dikenali sebagai Pelajar Mutiara juga berperanan sebagai fasilitator dan berkongsi pengalaman mereka kepada para pelajar ini. YTM Dato’ Seri DiRaja Tunku Soraya binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Ahli Lembaga Amanah YSB dan juga Pengerusi Jawatankuasa PTB telah berangkat menyempurnakan acara penutupan dan penyampaian  sijil-sijil kepada para pelajar pada 15 Julai 2012 di Dewan Mu’adzam Shah, UUM.

 

Page 10 of 10