A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

16 - 18 May - KEM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR YSB antara program tahunan Projek Titian Ehsan sejak sedekad yang lalu diteruskan lagi tahun ini bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat amnya dan peserta khasnya betapa pentingnya kelangsungan kelestarian alam dan biodiversitinya agar dipelihara seiring pembangunan dan kemegahan sesebuah negara bangsa.

Kali ini Pusat Konservasi Penyu Taman Negara Pulau Pinang di Pantai Kerachut dipilh sebagai lokasi kem disertai 46 orang Sukarelawan YSB dari seluruh Negeri Kedah yang berkampung selama 3hari 2malam bagi menjayakan program serta menyokong usaha konservasi penyu dan habitat marin yang dijalankan oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia dan Taman Negara Pulau Pinang.

Pelbagai program menarik dan berinformatif dilaksanakan kepada semua peserta antaranya sesi pengenalan dan lawatan explorasi Taman Negara Pulau Pinang, Ceramah Pemuliharaan dan Pembiakan Penyu, Khidmat Masyarakat menanam Pokok Ampung-ampung yang menjadi habitat penyu bertelur, Membersihkan pasu atau sarang penyu telur, Membuat kajian pembiakan penyu, Membersih dan menceriakan Pusat Konservasi Penyu, Perkhemahan, Jungle trekking serta yang paling menarik ialah aktiviti mengorek sarang tempat penyu bertelur dan menetas serta melepaskan anak-anak penyu ke lautan bagi usaha pembiakan.

Pengalaman pertama sekali seumur hidup ini amat bermakna dan kesedaran mendalam tentang kehidupan dan pemuliharaan penyu yang selama ini jarang diberi perhatian oleh semua. Peserta semakin sedar bahawa penyu merupakan anugerah 1 dalam 1000 yang tiada ternilai oleh Tuhan kepada negara kita dan ancaman kepupusan terhadapnya akan memberikan kesan negatif kepada ekologi marin.

Tanggal hari jumaat 17 May jam 6.30 petang di Pantai Keranchut perasaan semua peserta amatlah teruja apabila setiap seorang diberi peluang untuk melepaskan anak-anak penyu agar 'disayangi' untuk buat pertama kali seumur hidupnya bagi dilepaskan ke laut untuk hidup bebas dan berkelana di habitat asalnya.

Tidak kurang juga yang terharu memikirkan adakah anak-anak penyu kesayangan yang dilepaskan itu mampu kembali lagi ke Pantai Keranchut ini 20 atau 30 tahun nanti untuk meneruskan kelangsungan kitaran hidup spesis penyu atau ianya akan berkubur dilautan, di perut ikan, di baham buaya, di pagut burung, lemas di pukat nelayan ataupun menjadi mangsa manusia yang kononnya dikatakan bertamadun.

Sesungguhnya anugerah Allah SWT yang amat berharga ini wajar dipertahankan kepupusannya dan diberikan peluang untuk terus hidup bersama makhluk lainnya di atas muka bumi ini. SELAMATKAN PENYU!

: Капитальный ремонт крыши. Быстрый ремонт крыши дома своими руками. Стоимость ремонта крыши. Ремонт потолка своими руками. Качественный ремонт потолков в квартире. Ремонт подвесных потолков. Схема подключения котла отопления. Быстрое подключение котла к системе отопления. Подключение батарей отопления схема.
Продажа самодельных вездеходов. Лучшие самодельные мини вездеходы. Устройство самодельных вездеходов. Ванная комната дизайн фото. Красивый дизайн интерьера ванной комнаты. Дизайн ванной комнаты в квартире. Как начать бизнес с нуля. Лучшие идеи малого бизнеса с нуля. Новый бизнес с нуля. Самодельные квадроциклы чертежи. Как сделать самодельный квадроцикл сегодня. Самодельный квадроцикл своими руками. Стяжка пола своими руками. Быстрая и сухая стяжка пола своими руками. Как сделать стяжку своими руками.