A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

KARNIVAL ORANG MUDA YSB 2014 SAJI LEBIH 30 AKTIVITI MENARIK16 September 2014 –

16 September 2014 – Karnival Orang Muda YSB 2014 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 15 dan 16hb September 2014 di Perkarangan Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah Darul Aman bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-57 dan Hari Malaysia ke-51.

Karnival kali ini telah menggabungkan 30 aktiviti keseluruhannya meliputi 4 segmen berbeza iaitu segmen sukan dan rekreasi, segmen pameran, kempen kesedaran dan kesihatan, segmen bazar makanan dan usahawan muda serta segmen persembahan pentas dan patriotisme.

Segmen sukan melibatkan acara pertandingan skateboard, bmx stunt, bmx flatland, inline skating, wall climbing, pertandingan futsal lelaki, pertandingan bola jaring wanita, fit malaysia, pertandingan lompat tali berirama, pertandingan aerobik, pertandingan zumba, demo hip-hop, kayuhan amal berbasikal 6th cycle for health & environment, pertunjukan ’stunt kite’, klinik ’freestyler’ serta himpunan motosikal berkuasa besar.


Segmen pameran, kempen kesedaran dan kesihatan pula meliputi aktiviti kempen derma darah, pameran penjagaan kesihatan, pencegahan HIV/AIDS, kempen keselamatan jalanraya, pencegahan jenayah, penyalahgunaan dadah, pameran agensi kerajaan dan institusi kemahiran serta kempen kitar semula.

Bagi segmen bazar makanan dan usahawan muda turut diadakan ialah acara bazar jualan makanan, usahawan muda serta bazar jualan industri asas tani.

Manakala bagi segmen persembahan pentas dan patriotisme antara acara yang disajikan termasuklah pertandingan deklamasi puisi, lagu kemerdekaan, persembahan pentas dan artis, pertunjukan ’water fountain’ sempena Hari Malaysia serta kutipan derma tabung kemanusiaan ’Untukmu Gaza’.

Karnival turut diserikan lagi dengan penglibatan 2 orang Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu YTM Tunku Laksamana Kedah  Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam acara kayuhan amal.

 
Kedua-dua Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah perkenan menyertai acara Kayuhan ‘6th Cycle For Health & Environtment’ bersama lebih 800 peserta pelbagai kaum melibatkan jarak kayuhan sejauh 60km bagi kategori terbuka dan 21km bagi kategori VVIP. Seawal jam 7.00 pagi pada 16hb September kayuhan kategori terbuka telah disempurnakan pelepasannya oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah dan kategori VVIP pula dilepaskan oleh YB Tuan Aminuddin bin Omar – Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah Darul Aman. Kayuhan bermula dan tamat di Perkarangan Taman Jubli Emas. Trek kayuhan pada kali ini meliputi kawasan pekan dan kampong disekitar daerah Kota Setar sehinggalah ke daerah Pendang.

Artis yang dijemput bagi menjayakan persembahan sepanjang 2 hari tersebut ialah Lan Kristal, Mila AF, One Forteen, Zatul Mentor, Zam BKNK serta termasuk juga penghibur muda tempatan.

Majlis perasmian karnival telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Kama Noriah binti Ibrahim - ADUN Pedu pada 15hb September dan Majlis penyampaian hadiah serta perasmian penutup telah disempurnakan oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah merangkap Pengerusi YSB sendiri pada 16hb September 2014 dalam acara yang penuh bermakna dan gemilang.

Turut hadir di majlis penutup ialah Yang Berhormat Puan Norsabrina bt. Mohd Noor – Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Dato’ Paduka Haji Mohd Puat bin Haji Mohd Ali – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Y.Bhg Dato’ Haji Ahmad Fisol bin Haji Md Noor – Pegawai Daerah Kota Setar, Ahli-ahli Lembaga Amanah YSB serta ketua-ketua jabatan terlibat.

Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu di hari pertama namun kehadiran pengunjung di kedua-dua hari karnival berlangsung telah mencatatkan jumlah melebihi 8,000 orang kesemuanya. Rata-rata pengunjung dan peserta anak-anak muda yang ditemubual secara rambang menyatakan bahawa KOM kali ini berjaya menampilkan kelainan dan lebih ‘enjoy’ berbanding tahun sebelumnya.

Karnival yang dianjurkan buat kali yang ke-2 ini telah mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada kerajaan negeri Kedah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, agensi kerajaan, swasta, ngo serta individu termasuklah beberapa syarikat korporat antaranya Zareen Capital Sdn Bhd selaku penaja utama.

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan KOM YSB 2014.

Jumpa lagi di KOM YSB 2015, Insya Allah... “MALAYSIA… DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA”

 

: Капитальный ремонт крыши. Быстрый ремонт крыши дома своими руками. Стоимость ремонта крыши. Ремонт потолка своими руками. Качественный ремонт потолков в квартире. Ремонт подвесных потолков. Схема подключения котла отопления. Быстрое подключение котла к системе отопления. Подключение батарей отопления схема.
Продажа самодельных вездеходов. Лучшие самодельные мини вездеходы. Устройство самодельных вездеходов. Ванная комната дизайн фото. Красивый дизайн интерьера ванной комнаты. Дизайн ванной комнаты в квартире. Как начать бизнес с нуля. Лучшие идеи малого бизнеса с нуля. Новый бизнес с нуля. Самодельные квадроциклы чертежи. Как сделать самодельный квадроцикл сегодня. Самодельный квадроцикл своими руками. Стяжка пола своими руками. Быстрая и сухая стяжка пола своими руками. Как сделать стяжку своими руками.